Binaan Plot Novel Azfa Hanani

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. 

PERMULAAN
Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan Kak Syafinaz. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu adiknya yang terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan persekolahannya serta peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran Tengku Mazran. 
PERKEMBANGAN
Pada peringkat perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur, makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya memainkan peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya.
KONFLIK (PERUMITAN)
Cerita sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni.Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.
KLIMAKS (PUNCAK)
Klimaks cerita ini ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin Maziah. Rahsia penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana telah ditipu selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo tersebut.
PELERAIAN
Pada pengakhiran cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16 tahun yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan Forum Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telah mengetahui identiti sebenar Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.

24 ulasan:

  1. terima kasih...

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu ats tunjuk ajar...

    BalasPadam
  3. Budak Smkpa, Taiping13 Februari 2013 2:09 PG

    menarik sbab ia ringkas

    BalasPadam
  4. awesome, cikgu

    BalasPadam
  5. plot ini amat bermakna bagi saya dan kawan saya....terima kasih...

    BalasPadam
  6. Howdy just stumbled upon your blog via Google after I entered in, "Blogger: Komsas Tingkatan 4" or
    perhaps something similar (can't quite remember exactly). In any case, I'm delighted
    I found it simply because your content is exactly
    what I'm searching for (writing a college paper) and I hope you don't mind if I
    gather some information from here and I will of course credit you as the
    reference. Thanks for your time.

    Review my website - removal tools

    BalasPadam
  7. aku benci dengan cik nor nik salehan..mulut mcm hape jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sapa pulak??? haishhh..

      Padam
  8. tq tq tq hehehehe bodo

    BalasPadam
  9. tenenenenenenene ~

    BalasPadam
  10. aqil comel mok mok20 Januari 2014 4:42 PTG

    poyok uolss

    BalasPadam
  11. trololololololololo ! ~.~ buat kerja lah gilaaa !!!

    BalasPadam
  12. kamu buat apa ni O.O saya suruh kamu buat apa !!!

    BalasPadam