Latar Novel Azfa Hanani

LATAR TEMPAT
Makmal kimia
Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.
Bilik pengetua
Ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan.
Hotel Universe
Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi.
Banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur
Azfa Hanani akhirnya menetap di banglo ini.
Sekolah Menengah Taman Sari
Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.

LATAR MASA
Selama beberapa bulan
Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah. 
Pada waktu malam
Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. 
Pada waktu petang
Semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17. 
Pada waktu pagi
Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.

Latar Masyarakat
Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan masa depannya.
Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan. 
Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya.
Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. 
Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu.
Masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga. 
Masyarakat yang berpegang pada janji.
Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. 
Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menyelamatkan seseorang daripada menghadapi tekanan jiwa.
Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak perempuan tunggalnya.

27 ulasan:

  1. bagus lah...cantek !! senang ja kerja

    BalasPadam
  2. haha...cm nie ag senang keje aq....

    BalasPadam
  3. terima kasih. sangat-2 berguna.

    BalasPadam
  4. terima kasih banyak-banyak atas nota yang sangat berguna ini.

    BalasPadam
  5. terima kasih nota yg diberi sangat lah berguna untuk spm nanti seperti saya....

    BalasPadam
  6. snang jgak lah nk wt ulangkaji cm ny;'

    BalasPadam
  7. terima kasih ,..trbaik

    BalasPadam
  8. terima kasih.. membantu sy dlm exam SPM :)

    BalasPadam
  9. SANGAT BERGUNA UTK AKU (WAT KJE LAS2 MINIT)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... cikgu...<3

      Padam
    2. Terima kasih memang sangat berguna untuk saya

      Padam
  10. trima kseh sbb berkongsi ilmu dgn sye...sye amat memerlukan ini utk exm SPM...:)

    BalasPadam
  11. nota yg bagus

    BalasPadam
  12. nota yang amat bagus :)

    BalasPadam
  13. terima kasih..nota ni memudah kan saya melakukan essignment..

    BalasPadam
  14. Nasib baik ada nota neee.. snang la skit nak jawab exam nanti.. hehehe :D

    BalasPadam
  15. Alhamdullilah....snang kja....tq :)

    BalasPadam
  16. sinang buat kije

    BalasPadam
  17. note nie mmg berguna sgt2 ! thanks cikgu <3 ulangkaji last min nak spm :)

    BalasPadam
  18. senang bnyak lhaa kerja kolah yg ckgu bg .. buleh cari lam internet . alhamdulillah .. :) (Y)

    BalasPadam
  19. senag banyak dan terimakasih kepada cikgu yang sediakan ini............
    saya percaya saya boleh dapat b+ ujian pertengah tahun .............


    daripada murid yang di pelajar perak,
    SRI GANESH MOGAN
    \

    BalasPadam