Merah Silu

SINOPSIS

Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya.

Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.

Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.

Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak
LATIHAN :

Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya :

"Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya. Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah."
(Antologi Harga Remaja, hlm 51)

Pada pendapat anda, apakah yang berlaku kepada Puteri Betong selepas rambutnya dicabut oleh Merah Gajah ?

JAWAPAN : klik di sini

13 ulasan:

  1. puteri betong sudah mati setelah merah gajah mencabut sehelai rambut emasnya

    BalasPadam
  2. puteri betong sudah mati apabila merah gajah mencabut rambut emasnya

    BalasPadam
  3. Jika tidak ape tu??

    BalasPadam
  4. SAYA HANDSOME!!! thanks for sharing this.. i do like this.. thanks so much!!! <3 u

    BalasPadam
  5. puteri betong ghaib tanpa dapat dikesan..sebab itulah mereka menganggap puteri betong sudah mati..

    BalasPadam
  6. kurang lengkap note anda.Kurang input

    BalasPadam
  7. Puteri Betong sudah meninggal dunia kerana suaminya Merah Gajah telah mencabut sehelai rambutnya yang berwarna emas .

    BalasPadam
  8. Puteri betong ialah pontianak..merah gajah jadi perokok handal...megat iskandar membuka kedai mamak di banting..sejarah penting..hmm

    BalasPadam
  9. jngn nk buat ksmplan sndr laa. nnti slh jwb dlm peksa kan cam ner?? spa nk tanggung..

    BalasPadam
  10. tq2 atas fakta2 di atas

    BalasPadam
  11. pishanggg thorbaekkkk!!

    BalasPadam