| PERSOALAN | CONTOH |
| Ketaatan kepada agama. | Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al-Quran kepada arwah ibu bapanya. |
| Ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau. | Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada. Dia juga tabah menghadapi liku-liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya. |
| Keberanian menghadapi risiko. | Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya. |
| Kegigihan menimba ilmu pengetahuan. | Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin, dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya. |
| Sikap mementingkan darjat atau pangkat. | Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Rakan-rakan Azfa Hanani juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin. |
| Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. | Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni / Azfa Hanani. |
Persoalan Novel Azfa Hanani
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
very gud
BalasPadamTK
Padamkerja yang bagus
BalasPadam