MAKSUD |
Rangkap 1 |
Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut. |
Rangkap 2 |
Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia. |
Rangkap 3 |
Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang. |
Rangkap 4 |
Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat. |
TEMA |
Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik |
PERSOALAN |
1. Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia. 2. Persoalan ketinggian nilai budi. 3. Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan. |
BENTUK |
1. Terdiri daripada empat rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima. 4. Anak itik terenang-renang (tiga perkataan) 5. Jika tak kenang kepada saya (lima perkataan) 6. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata. 7. Terang bulan terang di paya (9 suku kata) 8. Orang yang mati meninggalkan nama (11 suku kata) 9. Rima akhir pantun ini ialah abab 10. Bentuk pantun ini terikat dengan puisi tradisional. |
GAYA BAHASA |
1. Asonansi - Terang bulan terang di paya - pengulangan vokal a 2. Aliterasi - Orang yang mati meninggalkan nama. –pengulangan konsonan g 3. Kata ganda - Anak ikan terenang-renang 4. Sinkope - Jika tak kenang kepada saya 5. Repitasi - Terang bulan terang di paya |
NILAI |
1. Nilai menghargai budi. 2. Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada. 3. Nilai keihlasan. 4. Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain. |
PENGAJARAN |
1. Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat. 2. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera. 3. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan. |
LATIHAN1 |
Berikan maksud rangkap kedua bagi Pantun Empat Kerat (Budi) Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama, Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. |
Jawapan : Maksud rangkap kedua Pantun Empat Kerat ialah seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia. |
LATIHAN 2 |
Huraikan tiga ciri Pantun Empat Kerat. |
Jawapan : Antara ciri pantun Empat Kerat ialah terdiri daripada empat rangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris. Selain itu, jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima patah kata. |
BACAAN TAMBAHAN |
bagus larr uat mcm nier!!senang sikit nax belajar..teruskan usaha uat mcm nier agi yew!! usaha!!D>
BalasPadamhehehe..oke2
Padamhum...oky2 jugak....hehehe
Padamx derr panton pon ..
BalasPadamnie yg x best nii ..
:) klik link kiri untuk nota.
Padamya lah.tak ada pantun yang best.
Padambetul tu
Padambagus untuk belajar lah !terime kasih
BalasPadamawesome....good application
BalasPadamye lah
Padamthat is good to study
BalasPadamapa ini tak ada pantun yang best lah.ini yang tak best ini tapi bagus juga pantun yang ada dalam ini sebab sesuai untuk kanak-kanak.
BalasPadambagus kalau belajar dalam internet.
BalasPadamya, it was so good and eazy if we learn at internet.
BalasPadamyup,mdah dn cpat
BalasPadamsaya mahu contoh untuk persoalan
BalasPadamsaya mahu contoh soalan komsas dalam spm
BalasPadamsangat membantu... :)
BalasPadamsngt mmbntu ku... time kasih... ^^
Padambait ade tuk .................k.molah presentation ku......heheheheh
BalasPadamtrimas...bantu saya dalam pelajarn.... (") (")
BalasPadam(# o #)
(,) (,) GUD LUCK!!!
terima kasih kerana memberi maklumat kepada saya
BalasPadamhai nama saya amirul esok saya ada exrem
BalasPadam