| PENGAJARAN | CONTOH |
| Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. | Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya. |
| Kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. | Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains. |
| Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada. | Contohnya, Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit. |
| Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. | Contohnya, Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula. |
| Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri. | Contohnya, Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada. |
| Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. | Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah. |
Pengajaran Novel Azfa Hanani
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terbaekk !!
BalasPadamterima kasih.sangat membantu.
BalasPadamtq..........
BalasPadam