Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)

MAKSUD

Rangkap 1

Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.

 

Rangkap 2

Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan.

 

Rangkap 3

Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang

 

Rangkap 4

Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar berkemampuan.

 

Rangkap 5

Perasaa hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.

 

TEMA

Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.

 

PERSOALAN

1

Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga.

2

Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.

3

Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.

4

Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa .

5

Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.

 

BENTUK

1

Terdiri daripada 5 rangkap.

2

Setiap rangkap terdiri daripada 4 baris.

3

Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.

 

kupu-kupu terbang melintang (3 perkataan)

 

kalau tak pandai menumbuk sambal (5 perkataan)

4

Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.

 

Apa guna berkain batik (9 suku kata)

 

Apalah guna beristeri cantik (11 suku kata)

5

Rima akhir pantun ini ialah “abab” kecuali rangkap kedua, “abac”

6

Pantun ini adalah puisi terikat.

 

GAYA BAHASA

1

Asonansi - Kalau tidak memakai capal – pengulangan vokal a

2

Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu – pengulangan konsonan m

3

Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal

4

Personikasi

 

Ikan kering lagi ketawa

 

Mendengar tupai membaca kitab

5

Unsur alam

 

(a) Haiwan – ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu

 

(b) Tumbuhan – rotan,saga

 

NILAI

1

Bertanggungjawab

 

Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.

2

Kegigihan

 

Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.

3

Rasional

 

Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.

 

PENGAJARAN

1

Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni.

2

Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.

3

Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.

 

LATIHAN

1

Berikan dua persoalan yang dikemukakan dalam Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran).

2

Nyatakan tiga pengajaran berdasarkan Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran).

 

JAWAPAN

1.

Dua persoalan yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat ialah tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga dan persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.

2.

 

 

Antara pengajaran yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat ialah kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni dan kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. Selain itu, kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.

17 ulasan:

  1. Thanks for this notes. :)

    BalasPadam
  2. soalan....
    pada pendapat anda,bagaimakah cara orang bawahan dapat membuktikan kemampuan mereka? berikan 3 caranya...

    BalasPadam
  3. apakah kesan jika sesuatu tugas itu dilaksanakan oleh individu yang bukan ahli dalam bidang itu???

    BalasPadam
  4. Esok exam , nasib baik ade nota ni .. Terima kasih .

    BalasPadam
  5. pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya seseorang itu memilih isteri berdasarkan kecantikannya sahaja??

    BalasPadam
  6. nyatakan 4 ciri-ciri Pantun Empat Kerat(Jenaka dan Sindiran)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulis jer bentuk pantun ni~

      -izzatie

      Padam
  7. terima kasih !!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. thanks so much... selesai jugak....

    BalasPadam
  10. soalan
    pada pendapat anda,bagaimakah cara orang bawahan dapat membuktikan kemampuan mereka? berikan 3 caranya...

    BalasPadam
  11. trima ksih....^^

    BalasPadam
  12. membantu nak exam thankyouuuu :)

    BalasPadam