Harga Remaja

MAKSUD

Rangkap 1
Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Rangkap 2
Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3
Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4
Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.
Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.

TEMA
Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

PERSOALAN
1
Kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
2
Jati diri remaja.
3
Keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.
Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
4
Hala tuju hidup dalam diri remaja.
Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

BENTUK
1
Terdiri daripada empat rangkap
2
Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris.
3
Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris.
4
Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.
5
Sajak ini berbentuk bebas.

NADA
Sinis

GAYA BAHASA
1
Ayatnya pendek-pendek.

Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)
2
Diksinya mudah difahami.

Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
3
Aliterasi :pengulangan konsonan m

Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)
4
Pengulangan konsonan t

Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)
5
Asonansi :pengulangan vokal a

Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

Pengulangan vokal i

Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)
6
Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris

Contoh : bagai kehijauan daun

bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)
7
Metafora

Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2)

cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3)

madu ajaran (rangkap 2, baris 5)
8
Simile

Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)
9
Sinkope

Contoh : Penuhilah remajamu

Dengan apakah akan kau penuhi

NILAI
1
Keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
2
Kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
3
Kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.

PENGAJARAN
1
Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
2
Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
3
Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
4
Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

SOALAN
1
Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak Harga Remaja.
2
Nyatakan dua pengajaran yang diperoleh daripada sajak Harga Remaja.

JAWAPAN
1
Nilai itu ialah keberanian. Nilai ini penting buat remaja kerana mereka perlu berani untuk menegakkan kebenaran. Selain itu, terdapat nilai kegigihan. Nilai ini pula dapat membantu remaja usaha mereka untuk menuntut ilmu.
2
Pengajaran pertama ialah kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Selain itu, pengajarannya ialah kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.

58 ulasan:

  1. apakah maksud piala remaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. maruah seseorang remaja itu.

      Padam
    2. The reputation of that person.English is good.

      Padam
    3. kehidupan remaja

      Padam
    4. piala itu....cari sendiri lah kenapa ada google bodoh

      Padam
  2. piala boleh sentuh dan nampak

    remaja tiada boleh dan nampak hanya boleh rasa masa tertentu

    BalasPadam
  3. .bagaimanakah cara untuk mengekalkan kebudayaan dan adat resam sesuatu bagsa dalam masyarakat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersih 5.0

      Padam
    2. ^ bagus (ono)

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  4. kenapa nota ringkas sangat ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. brsyukurlh nota tu dh bgi ringkas....buat ke pnjang cam ne????

      Padam
  5. APE SEMUA NI

    BalasPadam
    Balasan
    1. nota la...apa lagi...

      Padam
  6. esk exm...tktnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. tk yah lh tkt...serahkan sgalanya kpd allah....mudah-mudahan allah mnolong kta dlm exm nanti.......

      Padam
    2. U juga perlu berusaha 0k

      Padam
  7. Nota Ini Dah cukup utk buat ulangkaji kot...agak2 ar ckt

    BalasPadam
    Balasan
    1. tk yah bimbang lh mesti lulus pnya

      Padam
    2. hmm ...

      Padam
  8. Alhamdulillah, ada jugak nota ringkas macam ni. Terima kasih :)

    BalasPadam
  9. Markah soalan 2d/iii 4 markah. Memadai beri 4 isi. Nota di atas sudah mencukupi.

    BalasPadam
  10. Kebiasaannya soalan 2d/iii tentang pengajaran, nilai atau persoalan.

    BalasPadam
  11. rumusan bagi semua tajuk cerpen dalam antologi harga remaja,tak ada ke????

    BalasPadam
  12. apa makna harga remaja? Plizz..Sgt Penting..Tolong Ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain kali kalau tak paham tanya cikgu baru afdal

      Padam
  13. Apa cabaran yang dihadapi oleh remaja sekarang??saya nak 4 cabaran....

    BalasPadam
  14. trima ksh cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama...buat spm dgn baik...

      Padam
  15. 1 ) pengaruh negatif persekitaran
    2 ) leka terhadap pelajaran .

    BalasPadam
  16. simple..tp bley paham...lain kali buat lagi simple erk..

    BalasPadam
  17. Ni boleh letak kar bahagiab mne? Tolong ar jawab. Eaij dah periksa ni :(

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Mengapakah masa remaja sangat mahal? (4m)

    BalasPadam
  20. Kerana masa remaja begitu berharga. Mybe laa.

    BalasPadam
  21. Nyatakan nilai remaja menurut pandangan penyajak. (2m)

    BalasPadam
  22. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam harga remaja ini.

    BalasPadam
  23. saya terlalu amat pandai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  24. Terima kasih ! :)) Amat menghargai .

    BalasPadam
  25. tak lengkap puih

    BalasPadam
  26. apelah kalau cam ni baik tak yah terbitkan laman ni tak lengkap

    BalasPadam
  27. apelah kalau cam ni baik tak yah terbitkan laman ni

    BalasPadam
  28. siapalah yang terbitkan laman ni

    BalasPadam
  29. apakah maksud remaja amat mahal

    BalasPadam
  30. Terima Kasih Banyak x2 =D .

    BalasPadam
  31. Tak Boleh Pakai :P

    BalasPadam
  32. bolehlarr.not bad.asalkan bolrh baca sudah.

    BalasPadam
  33. ape nie semua tak boleh pakai baik2 x yah tubuhkan laman ini:-@

    BalasPadam
  34. Ok la ni. Ringkas . Kalu panjang u all bkn main merungut ngan ckgu. La ni dpa bg ringkas pun hmpa kta dak suka plak.

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. nyatakan pandangan penyajak terhadap diri remaja ??

    BalasPadam
  37. Ini ada keluar di soalan?saya form4 boleh tuliskan ini tak?tetapi,saya form3 PMR cari ini tak ada keluar==!!.

    BalasPadam
  38. this notes are useless i have a better one

    BalasPadam