Mengintai Ruang Insaf


MAKSUD

Rangkap 1
Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t.

Rangkap 2
Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi.

Rangkap 3
Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya.

Rangkap 4
Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.


TEMA
Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.


PERSOALAN
  1. Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup..
  2. Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu.
  3. Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah.
  4. Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup.

BENTUK
  1. Terdiri daripada empat rangkap
  2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris.
  3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris.
  4. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb.
  5. Sajak ini berbentuk bebas.

NADA
Melankolik.
GAYA BAHASA
  1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana.
  2. Aliterasi :pengulangan konsonan n. Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2)
  3. Pengulangan konsonan k. Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2)
  4. Dialog. Contoh : “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”
  5. Asonansi :pengulangan vokal i. Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. (rangkap 2, baris 1)
  6. Pengulangan vokal u. Contoh : masih terbuka ruang untuk (rangkap 3, baris 4)
  7. Metafora. Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup (rangkap 2, baris 1)
  8. Hiperbola. Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana (rangkap 2, baris 3)
  9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb (bahasa arab)
  10. Sinkope. Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar.

NILAI
  1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampaunya.
  2. Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya.
  3. Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.

PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan dosa
  2. Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan
  3. Kita hendaklah bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah
  4. Kita hendaklah berdoa semoga mendapat kerahmatan
  5. Jangan kita leka dengan keindahan dunia sehingga melakukan dosa


SOALAN
  1. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini.
  2. Nyatakan dua faktor yang boleh mendorong seseorang itu insaf.

JAWAPAN
  1. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah penggunaan bahasa asing iaitu Rabb (bahasa arab) dan sinkope ,contohnya, Kerap kakiku tersadung selirat akar.
  2. Dua faktor yang mendorong seseorang itu insaf ialah sedar akan kesilapan yang lampau dan mempunyai keinginan untuk bertaubat.

16 ulasan:

  1. not bad la

    BalasPadam
  2. terima ksih bnyok arr..
    mggu dpn kne buat ulbs... nseb baik jupe gop..

    BalasPadam
  3. ni esk msok percubban spm..nsib ade

    BalasPadam
  4. btol kew ni je pngajrn mngintai ruang insaf??ia nye bkn ttg keinsafn kew?

    BalasPadam
  5. best blog ney... teah ngan dayah nnnnn

    BalasPadam
  6. baguslah ada penerangannya sekali...so accurate

    BalasPadam
  7. apa maksud di bawah
    1.menburu Nur-mu
    2.kerap kakiku tersadung selirat akar
    3.ancala mulia makin kabur
    4.apakah dalam sarat khilaf
    5.Rabb

    BalasPadam
  8. butuh mana sajak

    BalasPadam
  9. i love you... muahhhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. love you too...muahhhh

      Padam
  10. NAMA SAYA ISMAD FIRDAUS BIN AMINUDDIN...

    BalasPadam
  11. hope lbh banyak soalan dikemukakan..

    BalasPadam