Seloka Emak Si Randang


MAKSUD
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

TEMA
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.

PERSOALAN
1
Rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2
Pembaziran yang perlu dielakkan .
3
Tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.


BENTUK
1
Terdiri daripada satu rangkap.
2
Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.

Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)

Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4
Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.

Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)

Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5
Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
6
Seloka ini berbentuk bebas.

GAYA BAHASA
1
Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali
2
Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali
3
Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4
Anafora- Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
5
Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui
6
Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan

NILAI
1
Kebijaksanaan.

Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan
2
Bertanggungjawab.

Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
3
Berbudi

Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.

PENGAJARAN
1
Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
2
Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.
3
Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

LATIHAN
1
Apakah tema seloka Emak Si Randang?
2
Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Seloka Emak Si Randang


JAWAPAN
1
Tema seloka Emak Si Randang ialah sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
2
Gaya bahasa yang terdapat dalam seloka Emak Si Randang ialah sinkope iaitu penggunaan kata tak, contohnya, beras habis padi tak jadi. Selain itu, gaya bahasa yang digunakan ialah hiperbola, contohnya, tiada kayu rumah diruntuhkan.

23 ulasan:

  1. terbaik....hee~

    BalasPadam
  2. pabat,ringkas,dan mudah difahami... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pabat? ..
      aptb ----

      Padam
    2. Pe bnda lah pabat ko ckp tu...

      Padam
  3. huraian x de ke?

    BalasPadam
  4. mcm mana buat soalan nih.?
    "pada pendapat anda , mengapakah kita perlu mengutamakan keluarga sendiri sebelum membantu orang lain?"

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerana mereka yang selalu menyokong kita.......

      Padam
  5. teratur n cool,,thanksss :) wf love <3 <3

    BalasPadam
  6. membantu kerja :)

    BalasPadam
  7. Berikan dua pendapat anda,mengapakah kita perlu mengutamakan keluarga sendiri sebelum membantu orang lain? berikan dua pendapat anda, terima kasih...

    BalasPadam
  8. Berikan dua pendapat anda,mengapakah kita perlu mengutamakan keluarga sendiri sebelum membantu orang lain? berikan dua pendapat anda, terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluarga itu penting...

      Padam
  9. perlu muatkan lebih banyak soalan.....

    BalasPadam
  10. nk lagi power ponye

    BalasPadam
  11. okey r\terbaik lahh

    BalasPadam
  12. Macam mana nak buat soalan ni? "Nyatakan 4 sikap buruk Emak Si Randang sehingga menyusahkan keluarga."

    BalasPadam
  13. good !!!
    senang nak dapat faham...
    nota2 semua nya...ringkas...keep moving...

    BalasPadam