Soalan KBKK

Soalan 1 :

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan peranan dua watak sampingan yang  mempengaruhi watak utama dalam perkembangan penceritaan novel tersebut.        

Jawapan : 

Dua watak sampingan dalam novel Azfa Hanani yang mempengaruhi watak utama ialah pak long dan Tengku Mazran.

Pak long ialah bapa saudara Azfa Hanani yang menjaga Azfa Hanani sejak kecil selepas kematian ibu bapanya. Watak pak long menjadi penting kepada watak utama kerana pak longlah yang membuat keputusan untuk membenarkan Azfa Hanani diambil sebagai anak angkat keluarga Datuk Tengku Makmur.

Tengku Mazran pula merupakan abang kepada Tengku Murni dan anak kepada Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Dialah yang bertanggungjawab untuk memujuk Azfa Hanani agar menyamar sebagai adiknya, Tengku Murni yang telah meninggal dunia. Selain itu, Tengku Mazran atau Abang Mazranlah yang memujuk Azfa Hanani agar kembali semula ke rumah Datuk Tengku Makmur selepas dihalau oleh Datin Maziah.

2 ulasan:

  1. soalan yg biasa di dengar

    BalasPadam
  2. ini jer..watak sampingannya?

    BalasPadam