Syair Definisi Orang Berakal


MAKSUD

Rangkap 1
Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian.

Rangkap 2
Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.

Rangkap 3
Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka.

Rangkap 4
Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.

Rangkap 5
Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan.

Rangkap 6
Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat.

Rangkap 7
Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.

TEMA
Ciri-ciri orang yang berakal.

PERSOALAN
1
Ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1)
2
Kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2)
3
Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4)
4
Kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4)
5
Keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6)

BENTUK
1
Terdiri daripada tujuh rangkap.
2
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.

Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)

Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan)
4
Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.

Jika ia dikasihi raja (9 suku kata)

Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata)
5
Rima akhir syair ini ialah aaaa
6
Syair ini adalah puisi terikat.


GAYA BAHASA
1
Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e
2
Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k
3
Sinkope - Ibanya tahu dunia tak kekal
4
Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja         

Tiadalah menyombong pada bekerja
5
Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu


NILAI
1
Kebijaksanaan.

Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.
2
Kasih sayang

Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya.
3
Ketaatan

Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak.
4
Kerajinan

Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu.


PENGAJARAN
1
Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia.
2
Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh.
3
Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur.
4
Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran


LATIHAN
1
Nyatakan tema Syair Definisi Orang Berakal.
2
Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Definisi Orang Berakal.


JAWAPAN
1
Tema Syair Definisi Orang Berakal ialah ciri-ciri orang yang berakal.
2
Dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Definisi Orang Berakal ialah sinkope iaitu penggunaan perkataan tak dalam rangkai kata ibanya tahu dunia tak kekal dan penggunaan kata klasik, contohnya tersunjam, ibanya, melanja-lanja dan tersemu.

14 ulasan:

  1. Thanks. Nota ini sangat membantu. Mudah- mudahan diberkati Tuhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks For This Simple Notes , This Must Help A Lot

      Padam
  2. terima kasih....

    BalasPadam
  3. heeellloooo..

    BalasPadam
  4. nhg,ijk;/lj'pk;k

    BalasPadam
  5. tanda-tanda orang yang berakal mcm mana pulak?

    BalasPadam
  6. nota ni bagus lah saya suka

    BalasPadam
  7. hye tuan punye bolg.aku rase blog ny cukup berfungsi kpd semua.teruskan pejuangan kau.

    BalasPadam
  8. mengapa perlu m'hormati org berakal

    BalasPadam
  9. love you all hehehe.apapun nota ni kurang lengkap dan patut di tambahsuaikan pada pendapat sayalah apapun nota ni still membantu walaupun sedikit cuma.ok thumbs up untuk pembuat blog ni

    BalasPadam
  10. thanks for the information.....sngt membantu saya.. ^^

    BalasPadam