MAKSUD | |
Rangkap 1 | |
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya. | |
Rangkap 2 | |
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya. | |
Rangkap 3 | |
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka. | |
Rangkap 4 | |
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias. | |
Rangkap 5 | |
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu. | |
Rangkap 6 | |
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka. | |
Rangkap 7 | |
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki. | |
Rangkap 8 | |
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah. | |
Rangkap 9 | |
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak. | |
Rangkap 10 | |
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini. | |
Rangkap 11 | |
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan. | |
TEMA | |
Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri. | |
PERSOALAN | |
1 | sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak. |
2 | ketaaatan kepada Allah. |
3 | kesan buruk perjudian. |
4 | pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. |
BENTUK | |
1 | Terdiri daripada sebelas rangkap. |
2 | Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. |
3 | Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata. |
mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan) | |
kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan) | |
4 | Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata. |
Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata) | |
Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata) | |
5 | Rima akhir syair ini ialah aaaa |
6 | Syair ini adalah puisi terikat. |
GAYA BAHASA | |
1 | Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela pengulangan vokal e |
2 | Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki |
3 | Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela |
4 | Simile - Seperti taji berandam di keningnya , |
Seperti buaya besar mulutnya | |
5 | Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah |
6 | Peribahasa - makan angkat |
NILAI | |
1 | Kesopanan |
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. | |
2 | Kesederhanaan |
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri. | |
3 | Ketaatan kepada agama. |
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. | |
4 | Kesyukuran. |
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri. | |
PENGAJARAN | |
1 | Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain. |
2 | Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah. |
3 | Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran. |
4 | Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat. |
LATIHAN | |
Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah | |
Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah. | |
JAWAPAN | |
1 | Antara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di muka dan kening. Selain itu, terdapat juga wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan berhias dengan tujuan memikat lelaki. |
2 | Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoala sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak dan persoalan ketaaatan kepada Allah. |
Syair Siti Sianah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terima kasih ! banyak memnbantu :)
BalasPadam:)
Padamterima kasih~mintak dikongsi yaa...
BalasPadamgud ! saya copy paste utk presentation ULBS di sekola saya ye! thank you :)
BalasPadamterima kasih, membantu...
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi maklumat..
BalasPadamterima kasih sebab buat nota pasal syair siti sianah nie.
BalasPadamsame la saya nk buat presentasion ULBS saye.tq
BalasPadam:)
BalasPadamMelihatkan laki-laki ditampakkan muka. Pengulangan konsosan ki? Maksudnya?
BalasPadamya
Padamterima kasihmembantu saya membuat latihan :)
BalasPadamlov u
Thanks ,this note help to complete my homework- . -| |
BalasPadamterima kasih.. homework pn siap jadinya..
BalasPadamjika ada kesimpulan lagi senang kan...
BalasPadamyeahhh
BalasPadamsiap keje skolahhh